assalamualaikum dan salam kedewasaan
Matang tak semestinya dewasa, dewasa pula tak menjaminkan kematangan..sama seperti kecantikan, tahap dan nilai kematangan juga terlalu subjektif untuk diperkatakan..adakah kematangan dilihat dari rupa, keperibadian or umur seseorang itu? atau pun, wajarkah kita sendiri sebagai seseorang yang tidak tahu apa itu ertinya matang, hanya menilai kematangan orang lain berdasarkan cara penulisan, pemikiran, pemakaian or daripada pergaulan depa??
kind of? |
okay, point to point entry..kalau Nami tiru Madey, aku tiru Nami..bak kata dia, "tak nak serabut serabut"..
1. tak matang ke orang yang masih menulis dengan bahasa indah seperti ini - 'euuww, aquew(aku), se ue(masa tu) and etc jika pada masa yang sama orang itu telah dapat membesarkan anak anaknya menjadi insan insan yang berjaya dari segi lahiriah dan rohaniah?
2. tak matang ke orang yang sering lari dari masalah sedangkan orang itu tidak suka mencari masalah kerana dia tahu masalah hanya punca kepada masalah yang seterusnya?
3. tak matang ke orang yang masih berperangai keremaja remajaan seperti - gaming, lepaking, flirting, funky and do all the anoy teen stuff pada umur 35 and above sedangkan pada masa yang sama dia telah memikirkan dan mencorakkan masa depan yang hampir sempurna untuk dirinya dan seluruh keturunannya?
4. tak matang ke budak yang masih mencari choki choki dan keropok rota sebagai santapan wajib sedangkan budak itu lahir dan membesar bertemankan das das tembakan AK47? yang mane budak itu pasti lebih mengerti makna sebenar sebuah kehidupan berbanding pemimpin No.1 negaranye sendiri..
5. tak matang ke orang yang sering mencipta persoalan yang sometime memperlihatkan dirinya seperti bebal sedangkan orang yang berfikir tentang kebarangkalian bagi setiap kejadian dan sebagainya itu lebih banyak berfikir jika dibandingkan dengan kejadian 'Burung Pelatuk' yang hanya tahu mengangguk dan mengiyakan sahaja?
6. matang ke orang yang berjawatan besar dan menguruskan lebih dari 100 anak buah dibawahnya, tetapi masih mencari ibu dan bapanya setiap kali bila mahu membuat sesuatu keputusan penting yang melibatkan masa hadapannya?
8. matang ke orang yang yakin dengan apa yang ingin dicorakkan untuk masa depan kehidupannya sendiri tetapi masih tidak tahu bagaimana untuk bergaul dan menghormati sesame insan?
9. matang ke orang yang berjaya mengamankan dan menyatukan sesebuah negara yang sedang bergolak tetapi masih tidak berjaya membina sebuah keluarga yang harmoni dengan hanya berakyatkan satu isteri dan sepasang anugerah ilahi?
10. matang ke orang yang sayangkan tanah airnya(negara) sendiri tetapi masih mahu menjajah dan memiliki tanah air(negara) insan lain yang mana pastinya tanah air(negara) itu lebih disayangi oleh penduduk tanah air(negara) itu sendiri, seperti mana penjajah itu sendiri menyayangi tanah airnya(negara)?
11. dan matang ke orang yang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai matang tetapi masih tidak teliti sehingga terlepas pandang point point entry ini tidak mempunyai point yang ke-7?
percayalah, bila hangpa mula rasa dan mencanang yang hangpa sudah matang, rancanglah setiap saat yang seterusnya dalam kehidupan hangpa..sedia kan payung agar air liur yang hangpa ludah ke langit tadi tidak terkena kembali membasahi kepala yang darjatnya sangat tinggi..
caution : belajar untuk fasih guna bahasa jangan belajar untuk fasik bila berbahasa..